top of page
Peraturan

Peraturan Perpustakaan

  • Memakai kad matrik dan mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh bahagian Hal Ehwal Siswa INSTEDT 

  • Tidak boleh menggunakan kad matrik pelajar lain untuk membuat pinjaman atau menggunakan perkhidmatan lain

  • Dilarang membawa sebarang bahan bacaan atau rujukan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran staf perpustakaan 

  • Dilarang membawa apa jua jenis beg, payung, rokok, makanan atau minuman

  • Hendaklah mematuhi arahan ‘TOLONG SENYAP’

  • Pegawai berhak meminta pengguna yang mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan supaya keluar dari perpustakaan

  • Membenarkan pembantu perpustakaan yang bertugas memeriksa buku, fail dan lain-lain bahan yang dibawa masuk dan keluar dari perpustakaan

  • Sebarang pinjaman hendaklah dibuat di kaunter PINJAMAN

  • Sebarang pemulangan buku hendaklah dibuat di kaunter PEMULANGAN

  • Perlu mematuhi akta hakcipta bahan yang ingin difotokopi

  • Dilarang menconteng, mengoyak dan melipat buku, majalah atau apa-apa jua bahan

  • Dilarang mengubah kedudukan perabot dan alatan perpustakaan tanpa kebenaran

  • Dilarang menggunakan komputer selain untuk membuat tugasan

  • Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer

  • Dilarang menyimpan data di dalam hard disk komputer

  • Pelajar dan kakitangan yang akan berhenti atau tamat pengajian perlu memulangkan buku yang dipinjam dari perpustakaan

  • Denda akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan harta benda dan bahan bacaan perpustakaan

  • Telefon bimbit mestilah dalam mode â€˜SENYAP’

 

 

Peraturan Penggunaan Komputer

  • Pelajar perlu mengisi borang penggunaan komputer dan menunjukkan kad matrik pada kakitangan perpustakaan di kaunter

  • Tempoh penggunaan adalah satu jam bagi setiap pengguna

  • Satu komputer untuk seorang pengguna sahaja

  • Dilarang makan dan minum di kawasan komputer

  • Tidak boleh membuat bising dan bercakap dengan kuat

  • Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer

  • Dilarang menyimpan (Save) di dalam hard disc komputer

  • Tidak dibenarkan menggunakan komputer untuk tujuan bermain permainan, online-chatting, melayari laman web lucah serta laman hiburan

  • Pengguna adalah dilarang  memuat turun apa-apa jua maklumat dari Internet

  • Sebarang kerosakan/masalah pada komputer mesti dilaporkan dengan segera kepada kakitangan perpustakaan yang bertugas

 

 

bottom of page