top of page
Pengenalan

Perpustakaan akademik merupakan aspek terpenting dan nadi dalam sesebuah institusi pengajian tinggi. Perpustakaan INSTEDT telah ditubuhkan bagi membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak semasa disamping menyediakan bahan yang sesuai dan komprehensif kepada komuniti INSTEDT.

Visi

Menjadikan Perpustakaan INSTEDT sebagai pusat ilmu dan penyebaran maklumat di Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim melalui pengurusan ilmu yang efektif dan efisien.

Misi

Mewujudkan budaya saing dalam mencari ilmu yang mementingkan budaya kecemerlangan dalam pengurusan ilmu pengetahuan yang berkualiti dan memenuhi keperluan komuniti Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) disamping meningkatkan kualiti perkhidmatan dari segi maklumat, rujukan, teknologi, infrastruktur dan kemudahan perpustakaan.

bottom of page